Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..
Pejam celik, pejam celik, dah masuk tahun akhir NH dekat UiTM KBM ni. Cepat betul masa berlalu. Rase macam baru semalam je daftar masuk. Tup tup dah nak habis belajar dah. Oh ya! NH ambil jurusan International Business dekat sini. Dan sekarang NH tengah buat internship di Johor Bahru.
By the way, tahniah pada adik-adik yang dapat sambung degree dekat KBM ni. Terutamanya dekat cousin NH. Tak sangka pulak cousin NH ni dapat dekat situ. Tapi sayang, NH pulah dah takde dekat situ. Tapi jangan risau cousin, NH sedia membantu!
Cousin NH tanye NH, camne NH boleh survive dekat Melaka. Well, NH takde jawapan kepada solan itu. Cuma kene pandai bawa diri lah.
Pertamanya, tak susah mane pun nak survive dekat situ sebabnya UiTM KBM tu bebetul di tengah bandar. Yang uniknya pasal KBM ni adalah, dia lain dari kampus UiTM yang ada. KBM ni ade satu bangunan sahaja. Macam bangunan pejabat. Takde kawasan berpagar, takde padang. Selangkah kaki korang keluar dari bangunan KBM tu, korang dah bukan pelajar UiTM. Its mean that, kalau korang berpakaian tak mengikut sahsiah rupa diri yang ditetapkan oleh UiTM, korang takkan kene saman dengan polis bantuan UiTM. Kat sini NH kongsi satu gambar UiTM KBM.
Tadaaa~ Inilah UiTM KBM.
Dalam bangunan ni ade 4 lif tapi korang tak dibenarkan untuk menggunakan lif dari bawah untuk ke kelas. Korang perlu menggunakan tangga dari aras 1 sehingga aras 4 dan baru boleh menggunakan lif dari aras 4 untuk ke kelas korang. Selalunya kami akan terus guna tangga kalau kelas kat aras 6 dan 7.
Yang menariknya kat KBM ni, korang akan merasa macam belajar dekat oversea. Kenapa? Sebabnya aircond dekat kelas tersangat lah kuat okayyy. Kadang tu jari Nh dengan bibir NH sampai pucat sebab kesejukan sangat. Selalunya NH akan bawa sweater ke kelas kalau kelas tu terlebih sejuk dari kelas-kelas lain.
Dekat KBM ni juga, kalau nak cari makan pun senang. Banyak jugak kedai makan yang korang boleh pergi. Tinggal lagi korang kene rajin berjalan je. Macam NH, NH suka lepak dekat kedai mamak Infasha dengan kedai makan Mak Long. Dedua kedai makan ni ade dekat belakang bangunan KBM ni je. Kalau NH malas nak bergerak, NH akan beli makanan dekat food court Apartment Yayasan Melaka (AYAM).
Kalau nak pergi Jusco dengan Tesco pun senang sebab dekat. NH pernah balik dari Jusco jalan kaki je hehe. Nak beli barang pun senang sebab Jusco dengan Tesco dekat. Nak lagi dekat, bolehlah beri barang dekat The Store. Jalan kaki dalam 10 minit sampai dah.
Senang cerita, dekat situ senang untuk bergerak ke mane sahaja. Public transport pun senang nak dapat. NH suka naik bas kalau nak pergi memane sebab bas Panorama dekat Melaka memang best. Tak tipu.
Mungkin sebab tu NH boleh survive. Kalau NH boleh survive, takkan orang lain tak boleh. Kan?
Akhir kata, selamat maju jaya buat adik-adik dan cousin NH.
NH
No comments:
Post a Comment